Categories
Most View
Kopi Tunjuk Langit Stevia
RM35.00 RM26.00
U-Queen
RM89.90 RM62.90
Visior Hd Vision - Car
RM50.00 RM18.80

Dherbs Jus Kocok

Dherbs Jus Kocok
Brand: DHerbs
Product Code: Dherbs Jus Kocok
Availability: In Stock
Price: RM79.00 RM59.90
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Jus Kocok diadun daripada pelbagai jenis ramuan semulajadi seperti madu, kurma, Habbatus Sauda, Pueraria Mirifica serta Manjakani khusus untuk membantu memelihara kesihatan dalaman kaum wanita di samping membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan anda sekaligus meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan yang optima.

KHASIAT JUS KOCOK

  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  • Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
  • Mengatasi keletihan dan kelesuan tubuh badan
  • Menyingkirkan toksin
  • Mengetatkan otot faraj
  • Merawat masalah keputihan, senggugut, dan kitaran haid yang tidak stabil
  • Meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita
  • Menganjal dan membesarkan saiz payudara
  • Mengatasi masalah sakit puan serta menentang serangan kanser payudara dan rahim
  • Membantu memperlahankan proses penuaan
  • Mencegah gejala menopaus
  • Membantu mengatasi masalah angin di dalam badan
  • Mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita
  • Menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin
  • Mengekalkan berat badan yang ideal
  • Membantu mengawal paras kolesterol dan gula di dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan kulit kusam
  • Memelihara keremajaan kulit
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Meningkatkan tahap metabolisme

KANDUNGAN JUS KOCOK

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin B kompleks yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf serta menstabilkan tekanan darah. Selain itu, madu yang bersifat antioksidan dan antiradang ini juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan menggalakkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman, mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit serta mencegah jangkitan penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.

Epal: Buah epal kaya dengan agen antioksidan seperti flavonoid, poliphenol dan vitamin C yang memelihara tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria yang membawa penyakit. Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks, beta-karotene dan serat yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme, menentang serangan kanser, menstabilkan tahap kolesterol serta membekalkan tenaga dan kecergasan untuk tubuh badan. Di samping itu, buah epal juga mampu mengatasi masalah pernafasan, mengurangkan kadar gula dalam darah, menyingkirkan toksin serta memelihara kecantikan kulit dan rambut serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit.

Kurma: Kurma tinggi kandungan vitamin B6, potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung, melancarkan proses pencernaan serta membantu meredakan tekanan. Malah, ia juga berkesan untuk menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap kecergasan jasmani di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kurma juga berupaya menyingkirkan sel kulit mati, menentang proses penuaan serta memelihara keanjalan dan kehalusan kulit. Ia turut kaya dengan vitamin B5 atau asid pantothenic yang berupaya memperbaiki kerosakan sel kulit akibat kesan radikal bebas.

Delima: Buah delima kaya dengan polifenol, sejenis antioksidan yang mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu mencegah penyakit jantung dan proses penuaan. Asid punicic yang merupakan komponen utama buah delima pula berkesan untuk mengawal paras kolesterol, triglyceride iaitu sejenis lemak di dalam saluran darah serta tekanan darah tinggi. Malah, tumbuhan yang bersifat antiradang ini juga mampu mengurangkan risiko serangan kanser, mengawal paras gula di dalam darah, melancarkan proses penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Buah delima turut berupaya menjana keupayaan minda dan mencegah penyakit Alzheimer, menyingkirkan toksin, meningkatkan tahap metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga mampu menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu merangsang keinginan (libido) dan tenaga seksual kaum wanita. Di samping itu, Kacip Fatimah turut berupaya memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada darah, saluran darah serta jantung seterusnya membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan anda secara menyeluruh.

Akar Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan dalaman kaum wanita. Ia berupaya mengetatkan otot faraj serta mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ di dalam tubuh badan.

Manjakani: Manjakani yang bersifat antioksidan ini mampu menyingkirkan toksin, membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan serta mengetatkan otot faraj. Malah, ia juga berupaya mengecutkan tisu tubuh seterusnya dapat membantu menguatkan otot rahim selepas bersalin. Manjakani juga diyakini berkesan untuk membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita di samping mengatasi masalah keputihan dan angin dalam badan.

Roselle: Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan dan keremajaan kulit, di samping bertindak melancarkan proses penghadaman. Di samping itu, Roselle juga berupaya mengurangkan kadar kolesterol sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melambatkan penuaan kulit serta meningkatkan keupayaan mental.

Manggis: Manggis sememangnya kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel, menentang proses penuaan dan serangan kanser, di samping membantu mengatasi masalah jerawat, kulit berminyak dan kulit kering serta menggalakkan pemulihan sel kulit seterusnya membantu memelihara kehalusan dan kecantikan kulit. Di samping itu, ia juga berupaya mengawal paras kolesterol, memelihara saluran pernafasan, melancarkan proses penghadaman serta mengurangkan risiko serangan kanser.

Kunyit: Kunyit kaya dengan kandungan serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolesterol dan gula di dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman di samping berkesan untuk meredakan masalah radang.

Acaiberi: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada proses penuaan dan kerosakan sel. Malah, ia juga mampu mengawal paras kolesterol, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah senggugut serta meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan. Tumbuhan in juga berupaya menggalakkan kesuburan, memelihara deria penglihatan, memperbaiki tona kulit serta membantu meredakan tekanan. Di samping itu, Acai turut berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin yang terkandung di dalamnya.

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan gejala menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang lebih langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.

Pueraria Lobata: Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid iaitu sejenis antioksidan yang bertindak melancarkan peredaran darah, menggalakkan fungsi organ, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser payudara.

Habbatus Sauda: Habbatus Sauda yang diperolehi dari tumbuhan berbunga ini bukan sahaja kaya dengan antioksidan yang dapat menentang radikal bebas dan proses penuaan, malah mengandungi 15 jenis asid amino serta pelbagai jenis nutrien seperti zat besi, potassium dan protein yang dapat meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.  Di samping membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada jangkitan penyakit, Habbatus Sauda juga diyakini mampu mengatasi masalah radang, menyingkirkan toksin, melancarkan proses penghadaman serta mengawal paras kolesterol dan gula di dalam darah. Ia juga diyakini berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan, melebat dan mengukuhkan rambut dari akarnya, membantu mengatasi penyakit sendi serta membantu menggalakkan penghasilan susu ibu.

Pinang Muda: Pinang muda mengandungi alkaloid yang berupaya meneutralkan racun dalam tubuh badan. Selain itu, tumbuhan ini juga terbukti berkesan merawat masalah senggugut, mengetatkan bahagian intim wanita selain membantu mengecutkan rahim selepas bersalin.

Ganoderma Lingzhi: Cendawan ini mengandungi 16 jenis asid amino yang bersifat antioksidan dan berperanan membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein di dalam badan serta memelihara kelembapan dan kehalusan kulit. Herba ini juga kaya dengan protein, polysaccharide dan triterpene yang membantu menggalakkan pertumbuhan semula sel, melambatkan penuaan serta meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Malah, ia juga mampu memelihara organ hati daripada kerosakan, menyingkirkan toksin, meredakan masalah alahan, meningkatkan tahap tenaga dan metabolisme, menggalakkan keupayaan mental serta menstabilkan tahap tekanan darah dan kadar gula dalam darah.

Black Cohosh: Herba ini telah digunakan sejak tahun 50-an di Eropah bagi membantu merawat tanda-tanda awal menopaus, sindrom prahaid, senggugut, jerawat, osteoporosis serta sakit ketika ingin melahirkan anak. Selain itu, ia turut berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit di samping membantu menstabilkan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh wanita.

Vitamin C: Vitamin C atau asid askorbik merupakan antioksidan yang mampu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit di samping bertindak memperbaiki dan menggalakkan pertumbuhan tisu tubuh serta menjana penghasilan kolagen di dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga berupaya mempercepatkan pemulihan luka, memelihara tulang, gigi dan tulang rawan serta membantu mengatasi masalah kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah dan saluran darah. Vitamin C juga mampu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit serta memelihara kandungan kolagen di dalam tubuh badan, sekaligus membantu menjana penghasilan tisu payudara.

CARA PENGGUNAAN JUS KOCOK

  1. Ambil 2 sudu besar Jus Kocok sebelum sarapan pagi dan makan malam.
  2. Goncang sebelum digunakan.
  3. Tidak sesuai untuk ibu mengandung.
  4. Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.
Kandungan 500ml

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



24Hours Malaysia Shopping
Jualan Terkini One Stop Shop © 2017